Anggota Tentera Dan Isteri Maut Kemalangan Di Kota Belud

Kenderaan yang merempuh motosikal dinaiki sepasang suami isteri yang maut dalam kemalangan di Kilometer 2 di Jalan Kota Belud – Tuaran berhampiran Kampung Lebak Moyoh, Kota Belud. – Foto Ihsan Pembaca

KOTA BELUD: Suami isteri maut apabila motosikal dinaiki mereka dirempuh sebuah kenderaan di Kilometer 2, Jalan Kota Belud-Tuaran, berhampiran Kampung Lebak Moyoh, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, John Intap, 38, yang juga seorang anggota tentera meninggal dunia di lokasi kejadian manakala isterinya, Mellin Gisos, 37, meninggal dunia ketika dirawat di wad kecemasan Hospital Kota Belud.

Kemalangan membabitkan motosikal dinaiki sepasang suami isteri yang maut dirempuh sebuah kenderaan yang memasuki laluan bertentangan di Kilometer 2 di Jalan Kota Belud – Tuaran berhampiran Kampung Lebak Moyoh, Kota Belud.- Foto Ihsan Pembaca

Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Mohd Zaidi Abdullah, berkata siasatan awal mendapati pasangan terbabit yang menaiki motosikal Modenas Kriss sedang dalam perjalanan dari Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di Kem Paradise menuju ke Kampung Sangkir, Kelawat.

“Sebaik tiba di lokasi, kereta Honda Civic dipandu remaja lelaki berusia 19 tahun dari arah bertentangan dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke laluan mangsa.

Kenderaan yang merempuh motosikal dinaiki sepasang suami isteri yang maut dalam kemalangan di Kilometer 2 di Jalan Kota Belud – Tuaran berhampiran Kampung Lebak Moyoh, Kota Belud. – Foto Ihsan Pembaca

“Kereta itu terus merempuh motosikal menyebabkan penunggangnya tercampak ke dalam parit manakala pembonceng terseret ke lereng bukit,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Zaidi berkata, pemandu kereta dan seorang penumpang yang juga adik perempuannya berusia 15 tahun hanya mengalami cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Kota Belud.

Kemalangan membabitkan motosikal dinaiki sepasang suami isteri yang maut dirempuh sebuah kenderaan yang memasuki laluan bertentangan di Kilometer 2 di Jalan Kota Belud – Tuaran berhampiran Kampung Lebak Moyoh, Kota Belud.- Foto Ihsan Pembaca

“Setakat ini, siasatan mendapati pemandu kereta terbabit tidak mempunyai lesen memandu manakala Lesen Kenderaan Motor (LKM) kenderaan dipandunya juga sudah tamat tempoh sejak 29 April lalu.”

“Proses bedah siasat akan dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian sebenar mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya

Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *