Penyakit JE Dikesan Di Tambunan

gambar hiasan

KOTA KINABALU: Satu jangkitan penyakit Japanese Encephalitis (JE) dikesan berlaku di Kampung Lubong, Tambunan sejak Khamis lalu.

Penyakit tersebut disahkan pihak pejabat kesihatan daerah Tambunan yang telah memaklumkannya kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Tambunan untuk tindakan susulan.

Berdasarkan surat daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Tambunan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kota Kinabalu satu pemeriksaan telah dilakukan di kampung berkenaan pada hari Jumaat dan mendapati terdapat tujuh penternak babi di kampung berkenaan.

“Pihak jabatan telah melakukan pemeriksaan awal di kampung itu dan mendapati terdapat tujuh penternak babi secara tradisional di situ dengan jumlah ternakan kira-kira 80 ekor babi.

“Sukacita pihak tuan dapat memberi arahan lanjut dan menghantar anggota Kumpulan Kawalan Penyakit untuk membantu Jabatan Veterinar Tambunan membuat persampelan di Kampung Lubong dengan segera,” kata surat itu.

Sementara itu, kami masih berusaha mendapatkan penjelasan daripada Jabatan Veterinar Sabah untuk memastikan jika tindakan telah diambil dan tahap ancaman penyakit tersebut.

Jabatan Kesihatan juga masih belum memberikan kenyataan tentang keadaan serta maklumat mangsa.

JE adalah penyakit berpunca daripada virus di dalam badan babi yang disebarkan oleh nyamuk.

Jangkitan JE di dalam tubuh manusia boleh menyebabkan pening, demam teruk, kejang badan serta koma yang membawa kepada kecacatan otak.

BorneoToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *