16 Pendatang Tanpa Izin Warga Filipina Ditahan Di Kunak

Semua yang ditahan dibawa ke Balai Polis Kunan untuk tindakan selanjutrnya – Foto BESTAWAUfm

KUNAK, 14 Julai – Polis menahan 16 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina yang terdiri daripada 10 lelaki dan enam wanita dalam satu operasi selama lima jam di Ladang Jingka Bar Kunak, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Kunak, Supt Baharin Md Tahir dalam satu kenyataan malam ini berkata 46 individu diperiksa dalam operasi yang bermula pukul 3.00 pagi di ladang berkenaan.

Antara Pendatang Tanpa Izin yang ditahan – Foto BESTAWAUfm

Beliau berkata 16 individu yang berumur antara lingkungan umur 20 dan 50 tahun itu ditahan kerana gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah dan kesemua mereka dibawa ke Jabatan Imigresen untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/93.

Sementara itu Baharin berkata polis turut menahan empat lelaki termasuk seorang bapa dan seorang anaknya, yang dipercayai pengedar dadah, dalam serbuan Ops Sarang di Kampung Lormalong dan Kampung Dasar Lama di sini, antara pukul 12 tengah malam dan 4.00 pagi pada hari yang sama.

Semua yang ditahan dibawa ke Balai Polis Kunan untuk tindakan selanjutrnya – Foto BESTAWAUfm

Beliau berkata mereka yang ditahan berumur antara 20 dan 50 tahun, yang terdiri daripada tiga warga tempatan serta seorang warga Filipina, dan menurutnya operasi itu turut menyaksikan polis merampas 5.4 gram dadah yang dianggar bernilai RM810 di sebuah rumah di Kampung Lormalong.

– BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *