Semakin Banyak Bukti MH370 Adalah Kes Bunuh Diri

Gambar Hiasan

PARIS: Juruterbang penerbangan MH370 yang hilang pada 2014 didakwa ‘mengawal pesawat itu sehingga saat-saat akhir’, ketika semakin banyak bukti menunjukkan nahas itu sebagai pembunuhan dan bunuh diri.

Menurut laman berita DailyMail, Khamis lalu, pasukan penyiasat Perancis diberikan akses kepada ‘banyak’ data penerbangan Boeing yang dihantar pesawat Malaysia Airlines itu, sebelum nahas. Ia termasuk pelbagai dokumen dan data satelit syarikat komunikasi satelit di Britain, Immarsat.

Katanya, mereka dijangka memerlukan masa ‘setahun’ untuk meneliti semua maklumat daripada Boeing, namun siasatan awal mencadangkan ‘seseorang mengawal pesawat, ketika ia terhempas di Lautan Hindi’.

Penyiasat menyandarkan pandangan itu pada data yang menunjukkan ‘beberapa pusingan luar biasa pesawat Boeing 777 itu yang hanya boleh dilakukan secara manual’.

Perancis adalah satu-satunya negara yang masih menjalankan siasatan kehakiman terhadap nahas itu dan kini meneliti kematian tiga penumpang warganya iaitu seorang wanita serta dua anak mangsa.

Akhbar Le Parisian memetik penyiasat Perancis yang mendedahkan mereka diberikan akses kepada data Boeing, Mei lalu, dan kini sibuk menelitinya.

Difahamkan, penyiasat perlu menandatangani perjanjian kerahsiaan, sebelum penerbitan data itu bermakna ia tidak boleh dipetik di mahkamah.

Le Parisian memetik seorang sumber rapat kepada siasatan berkata, beliau percaya pembunuhan dan bunuh diri sebagai penjelasan paling munasabah nahas itu.

“Beberapa pusingan luar biasa dilakukan pesawat Boeing 777 itu hanya boleh dilakukan secara manual. Justeru, seseorang mengawalnya. Ia masih terlalu awal untuk mengesahkannya. Namun, tiada maklumat menunjukkan ada individu lain masuk ke kokpit,” katanya. – Agensi/ DailyMail/Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *