Pemandu Rentung Dalam Kereta Di Jalan Kimanis – Keningau

Bomba mengeluarkan mangsa kebakaran kereta terbabit. Foto Ihsan Pembaca

PAPAR: Seorang dilaporkan rentung dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan di Kilometer 35 Jalan Kimanis, dekat Papar, hari ini.

Bagaimanapun, identiti mangsa belum diketahui setakat ini.

Pegawai Kanan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba Dan Penyelamat (JBPM) Sabah, Agustavia Joe Guasi berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 2.19 petang.

“Menurut laporan, kebakaran membabitkan sebuah kenderaan dan terdapat seorang mangsa dilaporkan rentung didalamnya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Bomba mengeluarkan mangsa kebakaran kereta terbabit. Foto Ihsan Pembaca

Katanya lagi, menurut ketua operasi kebakaran membabitkan sebuah Proton Wira terbakar 100 peratus.

“Dipercayai kenderaan itu terbabit dalam kemalangan dan terbabas sendiri sebelum masuk ke gaung sedalam kira-kira 1.5 meter.

“Usaha memadamkan kebakaran segera dilakukan dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 3.30 petang,” katanya.

Agustavia berkata, maklumat mangsa tidak dapat diperoleh dan mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Bomba mengeluarkan mangsa kebakaran kereta terbabit. Foto Ihsan Pembaca
Bomba membantu memadamkan kebakaran kereta terbabit. FOTO Ihsan Pembaca
Bomba membantu memadamkan kebakaran kereta terbabit. FOTO Ihsan Pembaca

Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *