Tidak Berhati Perut! Aktivis Kecam Tindakan Lelaki ‘Beriadah’ Atas Penyu

Seorang warga emas dan lelaki dilihat duduk di atas penyu dan seorang lagi menolaknya.

JAKARTA: Aktivis pencinta haiwan mengkritik tindakan sekumpulan penduduk yang menangkap dan menunggang seekor penyu belimbing gergasi yang naik ke pantai untuk bertelur baru-baru ini.

Satu rakaman video yang dirakam Jumaat lalu menunjukkan penyu berkenaan ditangkap penduduk ketika bertelur di sebuah pantai di Indonesia sebelum beberapa penduduk duduk di atasnya.

Setakat ini, pihak berkuasa tempatan belum mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian itu.

Dalam video yang tular itu, seorang lelaki tua dilihat duduk di atas penyu terbabit, manakala seorang lagi menolaknya.

Perbuatannya ditiru seorang pemuda sambil memakan snek.

Ketika haiwan itu cuba melarikan diri ke dalam laut, dua lelaki dengan seorang mendukung budak kecil datang dan duduk di atasnya.

Penyu belimbing paling besar dalam spesisnya dan adalah reptilia keempat terbesar dengan berat melebihi setengah tan. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *