Kebajikan Pemain Terjaga Dibawah SAFA Pimpinan Datuk Peter Anthony – Jelius

KOTA KINABALU: Ketua Jurulatih Jelius Ating menyifatkan kejayaan Tambadau Sabah menjuarai Liga Premier adalah hasil kerjasama kuat antara pemain, pengurusan dan pihak Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa).

Beliau berkata sejak Datuk Peter Anthony mengambil alih kepimpinan Safa, semua hal-hal pasukan menjadi lebih teratur dan kebajikan pemain pun terjaga.

Peter bersama Ketua Jurulatih Sabah, Jelius Ating ketika di Bilik Kenamaan Terimal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK), semalam.

Sementara itu, Jelius berkata para pemain muda dalam skuad bimbingannya boleh pergi lebih jauh dalam kareer bola sepak mereka.

Jelasnya, pemain tempatan Tambadau memainkan peranan penting dalam kejayaan menjuarai liga dan mara ke Liga Super.

“Mereka masih muda dan punyai potensi untuk pergi lebih jauh,” katanya bila ditanya mengenai perancangan pasukan termasuk pemain yang akan dipilih dalam menghadapi pasukan besar dalam Liga Super nanti.

“Saya berharap ini akan menjadi permulaan terbaik bagi Sabah,” katanya.

Ditemui pemberita selepas tiba bersama pasukan  di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada Rabu, Jelius berkata kejayaan pasukan Tambadau Sabah lebih bermakna disebabkan antara penjaya utama ialah pemain tempatan Sabah sendiri. 

Muncul juara liga tahun ini turut mencipta sejarah tersendiri bagi Jelius dan penolongnya Burhan Ajui kerana mereka juga merupakan pemain Sabah yang menjuarai Liga Perdana 23 tahun.

Pemain lain yang membuatkan Sabah antara pasukan yang paling digeruni lawan ketika itu antaranya ialah Ong Kim Swee, Scott Ollerenshaw, Khairul Azman Mohamad dan Yap Wai Loon.

SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *