Pemandu Maut Kereta Jatuh Gaung Di Papar

Anggota bomba menjalankan operasi di lokasi kejadian. – Foto Ihsan Bomba

Lelaki warga emas maut selepas kereta Jip yang dipandu terjatuh ke dalam gaung sedalam kira-kira 20 meter di Jalan Kampung Dangalau-Babagon, Papar di sini, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superintendan Batholomew Umpit berkata kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa seorang warga tempatan berumur 90 tahun memandu seorang diri dari kampung terbabit untuk ke Pekan Papar.

Anggota bomba menjalankan operasi di lokasi kejadian. – Foto Ihsan Bomba

“Semasa ingin mengundurkan kenderaan dari kawasan parkir, kereta mangsa kemudiannya terlajak ke belakang lalu mengelonsor sebelum terjatuh ke dalam gaung sedalam kira-kira 20 meter.

“Mangsa yang terperangkap di dalam kereta itu mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan sebelum disahkan meninggal dunia serta-merta di lokasi kejadian,” katanya.

Anggota bomba menjalankan operasi di lokasi kejadian. – Foto Ihsan Bomba

Menurutnya hasil siasatan mendapati mayat mangsa serta kenderaannya ditemukan penduduk kampung dan kejadian dipercayai berlaku beberapa hari lalu berdasarkan keadaan mayat mangsa yang sudah busuk.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Papar untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Anggota bomba menjalankan operasi di lokasi kejadian. – Foto Ihsan Bomba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *