5,000 Bekas Ahli UMNO Sertai Warisan Di Kinabatangan

Saddi menyerahkan borang keahlian 5,000 bekas ahli Umno kepada Jaujan sambil diperhatikan oleh Mohd Ismail (tiga kiri).

KINABATANGAN: Seramai 5,000 bekas ahli Umno menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan) di Kinabatangan.

Borang keahlian mereka diserahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sukau Datuk Saddi Abdul Rahman kepada Naib Presiden Parti Warisan Sabah yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr Jaujan Haji Sambakong.

Saddi menyerahkan borang keahlian 5,000 bekas ahli Umno kepada Jaujan sambil diperhatikan oleh Mohd Ismail (tiga kiri).

Ia diserahkan sempena Majlis Pecah Tanah Tapak Cadangan Pejabat Daerah Kecil Sukau dan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Dewan Undangan Negeri Sukau di Pekan Sukau pada Ahad.

Sebanyak 10 kotak berisi borang penyertaan turut dibawa ke pentas lalu diserahkan kepada Jaujan sambil disaksikan oleh Ketua Bahagian Warisan Kinabatangan Mohd Ismail Haji Ayob.

Saddi menyerahkan borang keahlian 5,000 bekas ahli Umno kepada Jaujan sambil diperhatikan oleh Mohd Ismail (tiga kiri).

Saddi berkata, semua individu berkenaan terdiri daripada penduduk Sukau dan Bukit Garam.

“Mereka turut menyertai parti Warisan kerana yakin dengan perjuangan parti terbabit khususnya dalam memperjuangkan hak-hak rakyat Sabah di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Haji Apdal,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu, Ketua Bahagian Warisan Beluran Aspah Abdullah Sanih, Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Libaran yang juga Adun Dilantik Jaffari Waliam dan para pemimpin kawasan berkenaan.

Utusan Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *