‘Saya Tidak Pernah Nampak Dia Marah Dan Bermusuh Dengan Sesiapa, Dia Manusia ‘Super Baik’ Yang Pernah Saya Kenal Tetapi Allah Lebih Menyayangimu Sahabatku’

Perginya seorang sahabat yang sangat-sangat dan sangat baik.. Sahabatku Sulaiman Bin Jokka @ ZeMy79 (Nickname Zaman MIRC) , Allah lebih menyanyangi mu sahabatku, tulisan ini bukanlah ditujukan kepada sesiapa tapi hanya untuk mengingati perginya seorang sahabat yang ‘Super Baik’

Kelmarin, 5 Julai 2019 di pagi hari Jumaat yang mulia, seorang sahabat kami telah lebih dulu meninggalkan kami selepas 5 hari tidak sedarkan diri melawan sakit yang dialaminya di Hospital Tawau.

Allahyarham yang berkerja sudah hampir 15 tahun di Syarikat penerbangan AirAsia di Daerah Tawau meninggalkan seorang balu dan 5 orang anak yang masih kecil 2 lelaki dan 3 perempuan.

Bercerita tentang keperibadian beliau, saya sudah mengenali beliau sejak hampir 25 tahun yang lalu. Perkenalan kami bermula dari zaman internet bermain sebagai chatters di alam maya yang dipanggil ‘MIRC’. Semasa kami jadi ‘Budak Bandar’ dahulu, kami sangat rapat dan pernah tidur sebantal, makan sepinggan, kemana-mana bersama sampai ada satu tahab tidur merempat di tempat kerja sebab malas mahu pulang ke rumah masing-masing.

Gambar diambil dari Facebook rakan Arwah
Gambar diambil dari Facebook rakan Arwah
Gambar diambil dari Facebook rakan Arwah
Gambar diamil dari Facebook
Gambar diambil dari Facebook rakan Arwah

Saya sangat mengenali arwah, rapat sehingga hampir semua adik beradik dan orang tua arwah juga mengenali saya. Kami hanya jarang lepak atau keluar besama selepas kami masing-masing sudah mendirikan rumah tangga dan fokus kepada keluarga kecil kami.

Walaupun kami sudah memiliki kehidupan masing-masing,sibuk bekerja dan mengatur anak-anak, hubungan persahabatan kami masih kekal.

Setiap kali tiba bulan Ramadhan kami akan mangadakan acara berbuka puasa bersama, bila tiba hari raya pula kami akan datang ke rumah arwah di Bandar Sri Indah Tawau.

Sumber Gambar Diambil dari Facebook Isteri Arwah
Sumber Gambar Diambil dari Facebook Isteri Arwah
Sumber Gambar Diambil dari Facebook Isteri Arwah

Sepanjang mengenali arwah, saya memang tidak pernah nampak arwah marah dengan sesiapa, tidak pernah mengambil hati dengan sesiapa, tidak pernah bermusuh dengan sesiapa, sumpah demi Allah memang tidak pernah. Itulah sifat arwah yang menyebabkan arwah sangat disenangi oleh semua orang yang mengenalinya.

Sumber Gambar Diambil dari Facebook Isteri Arwah

Dalam tulisan ini saya selitkan beberapa perngkosian yang dibuat oleh kawan-kawan arwah di facebook yang juga bercerita mengenai keperibadian arwah..

https://www.facebook.com/osman.saide.3/posts/2384095094991280
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2395698820451581&set=a.120172824670870&type=3
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2572446786107132&set=a.461116860573479&type=3
https://www.facebook.com/tina.mdean.5/posts/2632966726715008
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10213873309297993&set=a.10201385290425326&type=3

Perginya terlalu singkat masa bersama beliau di dunia ini. semoga kau tenang di sana sahabatku.. Syurga juga menantimu.. saya sampai hari ini masih lagi ingat bila masa kau ketawa, bila masa kau menegur dengan sopan semua tu masih tengiang-ngiang ditelingaku. Aku hanya sahabatmu bukan siapa dalam talian darah mu. Tapi sampai ketika saya menulis ‘coretan mengarut’ ini saya masih mengalirkan air mata bila ingatkan kau sahabatku. Kau terlalu baik buat kami semua.

Semoga kau ditempatkan bersama dikalangan orang-orang yang beriman sahabatku. Sama ada kenal atau tidak marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah.

Assalamualaikum

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *