RM440 Sekali ‘Pakai’ – Lelaki Lacur Isteri Di Media Sosial Untuk Bayar Hutang

Lelaki yang ditahan polis melacurkan isteri di laman Twitter. Gambar Agensi

Surabaya/Indonesia: Tergamaknya seorang lelaki yang juga suami apabila sanggup melacurkan isterinya sendiri di laman sosial semata-mata hanya untuk membayar hutang.

Tribunnews melaporkan, polis menangkap lelaki berusia 21 tahun itu yang dikenali sebagai NH selepas dia melacurkan isterinya di laman Twitter sejak tiga bulan lalu.

Di laman Twitter berkenaan lelaki itu memuat naik gambar isterinya yang berusia 20 tahun dan meletakkan bayaran Rp1.5 juta (RM440) untuk hubungan seks.

“Akaun Twitter ini baru tiga bulan tetapi mempunyai ramai pengikut,” kata jurucakap polis Jatim, Leonard Sinambela dalam satu sidang media semalam.

Ketika ditanya wartawan, NH berkata, dia menjual isterinya itu untuk membayar hutang.

“Lima bulan lalu isteri saya melahirkan anak pertama secara pembedahan. Saya tiada wang lalu meminjam Rp8 juta (RM2,346) dari seorang rakan.

“Saya dan isteri bersepakat untuk melakukan aktiviti ini bagi membayar hutang berkenaan,” katanya.

Menurutnya, sepanjang tiga bulan, isterinya sudah dilanggan sebanyak tiga kali dan dia sudah membayar lebih separuh hutang itu.

Agensi/Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *