(VIDEO) Selepas Video Lucah, Rakaman CCTV Di Hotel Four Points, Sandakan Pula Muncul

Lelaki menyerupai Haziq Aziz keluar daripada lif, dalam tangkap layar rakaman CCTV yang dikatakan daripada Hotel Four Points di Sandakan.

PETALING JAYA: Satu rakaman video yang didakwa rakaman CCTV daripada sebuah hotel di mana Mohamed Azmin Ali dikatakan berada ketika kempen pilihan raya kecil Sandakan tersebar di media sosial hari ini, merancakkan lagi kontroversi yang didakwa melibatkan menteri hal ehwal ekonomi itu.

Video itu, yang turut dimuatnaik di YouTube, nampaknya diambil daripada beberapa sudut, memaparkan lif lobi dan apa yang kelihatan seperti koridor sebuah hotel.

Rakaman itu terselit kapsyen mengejek ketiga-tiga watak utama yang dikatakan antara mereka yang dilihat di kawasan sekitar: Azmin, setiausaha politik Hilman Idham, dan Haziq Aziz.

FMT belum dapat mengesahkan adakah beberapa individu yang disebutkan dalam video itu adalah mereka bertiga.

Haziq, yang juga ketua Pemuda PKR Santubong, menggemparkan negara bulan lepas dengan video pengakuan di mana dia mendakwa dia dan Azmin adalah 2 lelaki yang dirakam melakukan hubungan seks sejenis dalam beberapa video yang tular di media sosial.

Haziq mendakwa dia bersama Azmin di Hotel Four Points di Sandakan pada 11 Mei.

Azmin sekeras-kerasnya menafikan dakwaan itu, mengatakan ia sebahagian daripada konspirasi untuk menamatkan kerjaya politiknya.

Berdasarkan cap masa dalam video itu, rakaman tersebut selama 12 jam, dari tengah malam hingga tengah hari pada 11 Mei. – FMT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *