Seorang Lelaki Ditangkap Pecah Masuk, Curi Di Pejabat Umno Silam

Gambar Hiasan

LAHAD DATU: Polis mehanan seorang suspek lelaki yang disyaki memecah masuk dan mencuri komputer riba di Pejabat Pergerakan Umno Bahagian Silam, di sini.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata suspek juga dipercayai membuat cubaan sama di Kedai Bengkel Motosikal dan Kedai Accessories Kereta Ming dengan merosakkan kunci jeriji premis.

Menurutnya, kejadian disedari adik pengadu pada Selasa selepas membuka pintu pejabat dan mendapati keadaan pejabat yang berselerak.

“Kejadian itu tidak dapat dipastikan bila berlaku memandangkan dalam pejabat berkenaan tidak mempunyai rakaman CCTV,” katanya dalam kenyataan yang dikongsikannya di sini pada Rabu.

Nasri berkata, sepasukan polis telah melaksanakan Ops Kesan /Cantas /Pintu dan bertindak atas maklumat risikan dan orang awam, suspek berusia 22 tahun ditangkap di sebuah bilik pekerja di Kilang Ais Jalan Dam pada jam 1.30 pagi Rabu.

Turut dirampas sebuah komputer riba jenama Asus berwarna hitam beserta beg, sebuah printer jenama Canon Pixma, sebuah kenderaan Proton Saga Aeroback warna merah, satu unit kunci bilik hotel dan resit hotel atas nama suspek.

Hasil siasatan lanjut, suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau iaitu Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya dan kes 379 Kanun Keseksaan manakala ujian saringan air kencing mendapati suspek positif syabu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *