PKR Pecat Keahlian Haziq Aziz Serta-Merta

Haziq Aziz. (Gambar Facebook)

Parti Keadilan Rakyat (PKR) malam ini mengumumkan Haziq Abdullah Abdul Aziz, lelaki disebalik dakwaan video seks sejenis terhadap Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali, dipecat keahliannya serta-merta.

Pengerusi Lembaga Disiplin Ahmad Kasim berkata Haziq telah membuat tuduhan rasuah secara terbuka terhadap pemimpin parti tanpa bukti, oleh itu melanggar kod etika parti.

“Juga mengenai hal-hal lain sementara tunggu siasatan polis,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR malam tadi.

Pemecatan ini selepas tamat tempoh 14 hari Haziq diarah memberikan surat tunjuk sebab menjelaskan dakwaan-dakwaannya.

Ahmad berkata lembaga disiplin sudah menerima jawapan balas daripada Haziq semalam.

Selepas meneliti surat tersebut, lembaga itu mencadangkan mesyuarat biro politik yang bermesyuarat petang tadi memutuskan nasib Haziq.

Presiden PKR, Anwar Ibrahim berkata pemecatan Haziq diterima sebulat suara selepas mempertimbangkan keputusan lembaga disiplin.

Ditanya sama ada keputusan itu juga mengambil kira pandangan Azmin, Anwar menjelaskan ia berdasarkan keputusan lembaga.

“Ini keputusan oleh lembaga disiplin jadi harus dilihat sebagai bebas dan tak boleh memihak,” katanya.

FMT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *