Mayat Dijumpai Di Taman Dipercayai ‘Penumpang’ Jatuh Dari Pesawat

Syarikat penerbangan Kenyan Airways mengesahkan laporan awal bahawa mayat itu mungkin terjatuh daripada gear pendaratan pesawat yang sedang terbang dari Nairobi ke Heathrow.

LONDON: Masyarakat di selatan London gempar apabila mayat seorang lelaki dipercayai ‘penumpang’ sebuah pesawat ditemukan di sebuah taman di selatan London.

Syarikat penerbangan Kenyan Airways mengesahkan laporan awal bahawa mayat itu mungkin terjatuh daripada gear pendaratan pesawat yang sedang terbang dari Nairobi ke Heathrow.

Tidak dinyatakan sama ada lelaki itu sudah mati ketika berada di dalam kebuk gear pendaratan tersebut atau setelah jatuh dari ketinggian penerbangan pesawat.

Lokasi mangsa ditemui

Tidak dinyatakan sama ada lelaki itu sudah mati ketika berada di dalam kebuk gear pendaratan tersebut atau setelah jatuh dari ketinggian penerbangan pesawat.

Polis yang dipanggil ke Offerton Road di Clapham pada jam 3.39 petang Ahad berkata bedah siasat akan dijalankan, namun setakat ini kematian lelaki itu tidak dianggap sebagai mencurigakan.

Laporan Associated Press menyebut bahawa bahawa lelaki itu terjatuh hanya satu meter daripada penduduk yang sedang berjemur di taman.

“Saya dengar satu dentuman. Saya naik ke atas untuk melihat dari tingkap. Pada mulanya saya fikir orang gelandangan tidur di taman.

“Pakaiannya semua lengkap. Saya melihat dengan lebih dekat dan dapati ada darah di seluruh dinding taman,” katanya.

Syarikat penerbangan tersebut dalam kenyataannya berkata tiada kerosakan dilaporkan pada pesawat itu dan mengucapkan takziah atas kematian mangsa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *