69 Individu Ditahan Atas Pelbagai Kesalahan Dadah Di Sekitar Bandaraya Kota Kinabalu

Antara individu yang ditahan dengan pelbagai kesalahan dadah dan dokomentasi dalam satu operasi yang dijalankan oleh polis Kota Kinabalu.- Gambar Ihsan PDRM

KOTA KINABALU: Seramai 69 individu ditahan atas pelbagai kesalahan penyalahgunaan dadah dan Imigresen dalam operasi yang dijalankan dalam tempoh seminggu bermula pada 22 Jun lepas di sekitar Kota Kinabalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji berkata semua individu yang ditahan itu berumur antara 14 hingga 50 tahun termasuk 19 daripada mereka adalah warga asing.

Antara individu yang ditahan dengan pelbagai kesalahan dadah dan dokomentasi dalam satu operasi yang dijalankan oleh polis Kota Kinabalu.- Gambar Ihsan PDRM
Antara individu yang ditahan dengan pelbagai kesalahan dadah dan dokomentasi dalam satu operasi yang dijalankan oleh polis Kota Kinabalu.- Gambar Ihsan PDRM

“Serbuan dibuat berdasarkan maklumat risikan serta maklumat daripada orang awam lokasi yang dipercayai menjadi kawasan pengedaran dadah,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Habibi berkata dalam tempoh itu polis menjalankan sebanyak  25 serbuan dan berjaya merampas 28.86 gram syabu, ganja seberat 2.30 gram yang dianggarkan bernilai RM4,359 serta 16 kotak rokok pelbagai jenama.

Antara individu yang ditahan dengan pelbagai kesalahan dadah dan dokomentasi dalam satu operasi yang dijalankan oleh polis Kota Kinabalu.- Gambar Ihsan PDRM

Beliau berkata usaha membenteras pengedaran dan penagihan dadah akan diperhebatkan. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan digalakan menghubungi hotline 088-529220 atau di Facebook polis Kota Kinabalu.        

–BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *