(VIDEO) Tiga Digantung Tugas Selepas Heret Pesakit Guna Alas Katil

Rakaman video mengheret pesakit ke bilik imbasan x-ray menggunakan alas katil. Agensi

INDIA: Tiga orang digantung tugas selepas kakitangan sebuah hospital di Jabalpur dirakam mengheret pesakit ke bilik imbasan x-ray menggunakan alas katil.

Kejadian itu dirakam di Kolej Perubatan Netaji Subhash Chandra Bose (NSCB) apabila pesakit berkenaan yang diletakkan atas alas katil dilihat diheret atas lantai oleh seorang kakitangan, lapor Hindustan Times.

Susulan itu, Dekan Dr Navneet Saxena berkata, tiga orang digantung tugas selain pihak pentadbiran turut melancarkan inkuiri terhadap kejadian berkenaan.

“Tindakan akan diambil terhadap semua pihak yang bertanggungjawab,” katanya dipetik NDTV. – Agensi

https://youtu.be/XrpkMKIVbRQ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *