Dulu Dibuli Dan Diejek, Kini Model Terkemuka

Skinner bertekad amalkan gaya hidup sihat. Gambar kanan, Skinner ketika berusia 12 tahun. Gambar Timothy Skinner

Ketika sekolah dibuli dan diejek kerana bertubuh gempal dan kelihatan lembik tetapi kini, lelaki berusia 29 tahun di Hong Kong menjadi model kecergasan dan jurulatih senaman terkemuka dengan tubuh yang berketul-ketul.

Timothy Skinner mendedahkan melalui zaman kanak-kanak yang sukar kerana menjadi mangsa buli, pernah menghidap kemurungan dan kencing manis akibat gemuk.

Menurutnya, dia mengambil masa enam tahun untuk pilih dan memiliki tubuh sasa seperti sekarang.

“Saya sudah menghidap kencing manis ketika berusia 12 tahun. Apabila membuat senaman ringan, saya pasti pengsan,

“Bukan itu saja, saya jadi murung kerana sering keletihan,

“Hidup saya sengsara dan melalui kemurungan teruk. Sering dibuli, diejek dan menjadi bahan kutukan orang sekeliling,” katanya.

Menurut South China Morning Post, jurulatih peribadi itu kini memiliki tubuh sasa dengan lapan hingga 10 ‘pack’.

Ketika di sekolah menengah, Skinner bertekad mengamalkan gaya hidup sihat selepas menghidap darah tinggi.

“Saya berjaya menurunkan berat badan dalam tempoh lapan bulan dengan mengamalkan disiplin diri, terutama diet.

“Namun, saya ada juga hari yang saya makan apa saja, termasuk burger dan piza,” katanya.

Skinner turut berkongsi beberapa petua mengurangkan berat badan dengan berkesan iaitu banyak makan sayuran, ikan serta mengurangkan pengambilan gula. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *