Sabah Isytihar 30 Julai Cuti Am

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah hari ini mengisytiharkan 30 Julai sebagai cuti am tambahan sempena Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal berkata keputusan berkenaan adalah selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan mengisytiharkan 30 Julai sebagai hari kelepasan am tambahan sempena hari pertabalan Agong.

Pengisytiharan cuti umum itu dibuat berdasarkan Seksyen 9 Ordinan Hari Kelepasan  Negeri Sabah (Bab 56) dan diperkenankan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

BorneoToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *