Pelajar Tingkatan Empat Patah Paha Kiri Dan Kanan, Motosikal Ditunggang Rempuh Belakang Navara

Motosikal mangsa termasuk di celah tayar dan terseret sejauh kira-kira 30 meter. Gambar Ihsan Pembaca

TAWAU, 28 JUN 2019 – Pelajar tingkatan empat cedera selepas motorsikal yang ditunggang dipercayai merempuh belakang Sebuah pacuan empat roda di Jalan Apas Batu 15 Tawau, kelmarin.

Dalam kejadian 4.30 petang, mangsa berumur 16 tahun itu mengalami Patah pada bahagian tulang paha kiri dan kanan serta tangan kanan selain buah pinggang sebelah kiri rosak.

Motosikal mangsa termasuk di celah tayar dan terseret sejauh kira-kira 30 meter. Gambar Ihsan Pembaca

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Anak Umbuas dalam kenyataan berkata, siasatan awal mendapati apabila penunggang motosikal telah terlanggar belakang pacuan empat roda yang berada dihadapannya di lorong sebelah kiri jalan.

Motosikal mangsa termasuk di celah tayar dan terseret sejauh kira-kira 30 meter. Gambar Ihsan Pembaca

Katanya, menurut keterangan pemandu pacuan empat roda yang bekerja sebagai guru, lelaki berumur 51 tahun itu memberhentikan kenderaan setelah terdengar bunyi kuat mendapati penunggang motorsikal tercampak ke Kanan bahu jalan manakala motorsikal ditunggang mangsa telah terseret kira-kira 30 meter di celah belakang kenderaan yang dipandunya.

Katanya, pemandu itu mendakwa terdapat Sebuah lori trailer berada di lorong kanan semasa kejadian itu.

Bagaimanapun, Menurut ACP Peter, Siasatan akan diteruskan untuk mengesan saksi-saksi bebas dan kewujudan lori trailer terbabit.

Kes disiasat Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber : #BESTAWAUfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *