Dengan Harapan Dapat Membantu Orang, Bapa Beri Nama Bayinya Sebagai Google

Bayi yang dinamakan Google. – Gambar Agensi

BEKASI, INDONESIA: Sepasang suami isteri menyambut kelahiran bayi kedua mereka dengan nama yang cukup unik apabila memilih menamakan bayi lelaki mereka Google dengan harapan dia bakal membantu ramai orang.

Daily Mirror melaporkan, Ella Karin, 27, dan suaminya, Andi Cahya Saputra, 31, berkata, dia mahu menamakan bayi mereka yang diinspirasikan teknologi sewaktu usia kandungan isterinya tujuh bulan.

“Saya juga pernah terfikir untuk menamakan anak sebagai Windows, iPhone, Microsoft dan iOS.

Google bersama bapanya

“Jika berdasarkan agama, kami berminat untuk menamakan bayi kami dengan nama nabi atau menggunakan nama yang biasa dalam masyarakat seperti Albar Dirgantara Putra.

“Tetapi selepas dia dilahirkan, hati saya merasakan nama Albar Dirgantara Putra tidak sesuai untuknya lalu menamakannya sempena teknologi,” katanya dipetik Daily Star.

Google bersama ibunya

Sebaik lahir, Andi menamakan bayinya Google, tanpa menyertakan nama keluarga.

Kompas melaporkan, Google lahir pada 30 November 2018 dengan berat sekitar tiga kilogram dan panjang 48 sentimeter di sebuah klinik di Kampung Rawa Koko, Kota Bekasi, Jawa Barat.

Nama Google boleh dilihat pada sijil kelahiran. Gambar Agensi

Andi berkata, pada mulanya isterinya sukar membiasakan diri dengan nama baru anaknya yang unik.

Nama Google boleh dilihat pada sijil kelahiran. Gambar Agensi

“Saya memberitahu bapa saya, Google mempunyai maksud hebat dan saya berharap Google dapat membantu ramai orang,” katanya. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *