Yamani Hafez Kekal Ahli Parlimen Sipitang

YAMANI HAFEZ MUSA KEKAL AHLI PARLIMEN SIPITANG

Yamani (berbaju putih) mengucapkan tahniah kepada pasukan peguambela beliau selepas Mahkamah Persekutuan membuat keputusan menolak Petisyen Pilihanraya terhadapnya.

KOTA KINABALU: Yamani Hafez Musa mengekalkan kerusi Parlimen Sipitang setelah Mahkamah Pilihanraya menolak rayuan calon Parti Warisan Sabah, Noor Hayaty Mustapha terhadap keputusan Mahkamah Pilihanraya menolak petisyen Pilihanrayanya

Keputusan sebulat suara dibuat panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat, Ketua Hakim Mahkamah Rayuan Tan Sri Ahmaf Maarop, Datuk Azahar Mohamed, Nallini Pathmanathan dan Rhodzariah Bujang pada Rabu.

Korum mahkamah tertinggi negara itu memutuskan bahawa rayuan petisyner tidak dapat meyakinkan mereka bahawa Mahkamah Pilihanraya telah membuat kesilapan.

Maka itu petisyner diperintahkan membayar kos RM40,000 kepada Yamani sebagai responden pertama dan RM30,000 masing-masing kepada responden kedua dan ketiga.

Responden kedua ialah pegawai pilihanraya Sipitang Matlin Dullah manakala Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia telah dinamakan sebagai responden ketiga oleh Noor Hayaty dalam petisyen pilihanrayanya.

Terdahulu Petisyen Pilihanraya yang difail oleh Noor Hayaty pada 18 Jun, 2018 telah ditolak Mahkamah Pilihanraya pada Oktober tahun lalu.

Namun, pada 18 Februari tahun ini, Mahkamah Persekutuan menerima rayuan Noor Hayaty dan mengarahkan Petisyen Pilihanraya tersebut dikembalikan kepada Mahkamah Pilihanraya di sini untuk dibicarakan dihadapan hakim baharu.

Petisyen pilihanraya itu mula didengar pada 8 April tahun ini dan ditolak sekali lagi apabila pihak Noor Hayaty memohon penangguhan untuk menyediakan saksi.

Noor Hayaty memohon deklarasi mahkamah bahawa keputusan pilihanraya bagi kerusi Parlimen Sipitang yang dimenangi oleh Yamani yang juga adalah anak kepada bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dalam Pilihanraya Umum 9 Mei tahun lalu batal dan tidak sah.

Yamani bertanding atas tiket BN/Umno menewaskan pencabar terdekat Noor Hayaty dengan majoriti 852 undi.

Noor Hayaty diwakili peguam Chung Jiun Dau manakala Yamani diwakili oleh Jeyan Marimuttu, Rizwandean Bukhari M. Borhan, Mohd Reduan Datuk Aklee dan Azhier Farhan Arisin.

Mohd Syahrulnizam Mohd Salleh dan Shahlan Jufri mewakili pegawai pilihanraya dan SPR.

SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *