KPDNHEP Sabah Serbu Dan Rampas Dakwat Tiruan Bernilai RM800,000

Sebahagian dakwat tiruan yang dirampas KPDNHEP dalam serbuan tersebut – FOTO BERNAMA

PENAMPANG – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah merampas dakwat tiruanĀ bernilai RM800,000 dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Bundusan Penampang, hari ini.

Timbalan Pengarah KPDNHEP Sabah Ravichandran Vadivellu berkata tiga wanita dan dua lelaki berusia antara 20 hingga 50 tahun turut ditahan dalam serbuan di premis yang dijadikan tempat penyimpanan barang tiruan tersebut.

Katanya serbuan dilakukan pada jam 4 petang berdasarkan aduan diterima daripada pihak yang menjadi wakil sah Samsung, HP dan Canon.

Rampasan dilakukan di bawah Akta Perihal Dagangan 2013, katanya dalam satu kenyataan di sini.

Dalam pada, Ravichandran berkata kementeriannya telah membuat 40,800 pemeriksaan di seluruh negeri ini dan mengesan 974 kes pelbagai akta sejak Januari lepas hingga semalam.

Katanya ia membabitkan nilai rampasan sebanyak RM2.4 juta dan nilai kompaun sebanyak RM235, 530.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *