300 Hilang Tempat Tinggal Rumah Kongsi Terbakar Di Lahad Datu

Tiga blok rumah kongsi didiami pekerja kilang papan musnah dalam kejadian kebakaran di Batu 10, Jalan Tungku. – Foto ihsan pembaca

LAHAD DATU: Seramai 300 penghuni dari 58 keluarga hilang tempat tinggal selepas tiga blok rumah kongsi didiami pekerja kilang papan musnah dalam kebakaran di Batu 10, Jalan Tungku, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, kebakaran merebak terlalu pantas hingga menyebabkan penghuni tidak sempat menyelamatkan barangan masing-masing.

Tiga blok rumah kongsi didiami pekerja kilang papan musnah dalam kejadian kebakaran di Batu 10, Jalan Tungku. – Foto ihsan pembaca

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Sabah, Agustavia Joe Guasi, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.19 pagi.

“Seramai 11 terdiri daripada pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu respon ke tempat kejadian yang terletak 19 kilometer dari balai dengan menggunakan satu jentera bersama sebuah kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

Tiga blok rumah kongsi didiami pekerja kilang papan musnah dalam kejadian kebakaran di Batu 10, Jalan Tungku. – Foto ihsan bomba

“Kebakaran membabitkan tiga blok rumah pekerja di kilang papan it, dengan 58 dari 72 unit kediaman musnah sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Katanya, kebakaran berjaya dikawal pada jam 11.02 pagi dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 3.10 petang.

“Tiada kecederaan dan kematian mangsa dilaporkan dalam kebakaran ini. Api berjaya dikawal dan operasi ditamatkan selepas beberapa jam kemudian,” katanya.

Katanya, punca kebakaran dan nilai kerugian sebenar masih dalam siasatan.

Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *