Pengedar Dadah Ditahan Miliki Syabu 5.5 Gram

Suspek ditahan dan di bawah ke Ipd Kunak untuk siasatan lanjut – Gambar BESTAWAUfm

KUNAK: 26 JUN 2019 – Polis Kunak menahan seorang lelaki disyaki pengedar dadah dan merampas Dadah jenis syabu seberat 5.5 gram di sebuah rumah kongsi menerusi Operasi Sarang, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kunak, Superintendan Baharin Md Tahir dalam kenyataan berkata, lelaki berumur 23 tahun berkenaan diberkas diantara pukul 2 pagi hingga 10 pagi.

Suspek – Gambar BESTAWAUfm

Beliau berkata, semasa serbuan di rumah berkenaan, polis menemui 9 peket plastik kecil dan satu peket saiz sederhana besar berisi ketulan hablur jernih disyaki syabu seberat 5.5 gram dengan anggaran harga pasaran bernilai 850-ringgit yang disimpan didalam sebuah bekas kecil di atas almari. Turut ditemui 10 lipatan kertas timah.

Antara dadah yang di rampas bersama suspek. -Gambar BESTAWAUfm

Supritendan Baharin berkata, suspek disyaki menjalankan aktiviti mengedar syabu di sekitar ladang di Kunak.

Gambar BESTAWAUfm

Kes disiasat dibawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Sementara itu, dalam operasi sama, polis turut menahan dua lelaki Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan disiasat dibawah Seksyen 6(1)c Akta Imigresen.

Sumber: #BESTAWAUfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *