Dua Pelajar Kolej Ditahan Edar Risalah Pinjaman ‘Along’ Di Penampang

Barang yang dirampas – Foto Ihsan Polis

PENAMPANG: Polis menahan dua lelaki tempatan dipercayai ahli sindiket ceti haram atau along dalam Operasi Vulture di Bundusan Square, Penampang kelmarin.

Kedua-duanya yang berusia 21 tahun ditahan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang pada 10.30 pagi.

Antara suspek yang ditahan dalam “OPS Vulture” – Foto Ihsan Polis

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati ketika polis membuat operasi terbabit, dua lelaki didapati mengedar risalah pinjaman wang tanpa lesen sebelum ditahan.

Antara suspek yang ditahan dalam “OPS Vulture” – Foto Ihsan Polis

“Polis turut merampas 457 keping risalah pinjaman tanpa lesen.

“Kedua-dua tangkapan dan semua barangan rampasan di bawa ke IPD Penampang untuk siasatan lanjut,” katanya hari ini.

Mohd Haris berkata, pihaknya memandang serius kegiatan pinjaman wang tanpa lesen atau along terbabit dan menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan muslihat sindiket itu supaya tidak terperangkap.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 29 AA(i) mengikut Seksyen 29 AA Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951.

“Sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM20,000 dan penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *