Buaya ‘Sesat’ Ditangkap Di Terminal POIC Lahad Datu

Gambar BES TAWAUfm

APM TANGKAP ANAK BUAYA DI TERMINAL KONTENA POIC 3 DI LAHAD DATU

LAHAD DATU: 26 JUN 2019 – Seekor anak buaya seberat 15 Kilogram sepanjang 4 kaki dengan lilitan Badan 1 kaki berjaya ditangkap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Lahad Datu di POIC 3 Terminal Kontena Jalan Tengah Nipah, pagi tadi.

Gambar BES TAWAUfm

Ketua Operasinya, SJN (PA) Abdul Malik Apsain yang dihubungi RTM berkata, Sebaik menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 10.49 pagi, sepasukan 4 anggota yang diketuainya bergegas ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, Sebaik tiba, APM kemudian memulakan operasi menangkap reptilia berkenaan menggunakan penjerut dan tali.

Gambar BES TAWAUfm

Katanya, anak buaya terbabit dipercayai tersesat sehingga berada di longkang terbabit.

Difahamkan, buaya berkenaan telah diserahkan kepada Jabatan hidupan Liar Daerah untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, SJN (PA) Abdul Malik menasihati orang awam agar tidak mengambil tindakan Sendiri sekiranya berhadapan dengan sebarang kes melibatkan hidupan liar bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak di ingini.

Jelasnya, orang awam yang mempunyai sebarang kecemasan sebaliknya boleh menghubungi talian 999 atau Pejabat Daerah Pertahanan Awam (PDPA) Lahad Datu di talian 089 880991.

Sumber : #BESTAWAUfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *