Sabah Mampu Capai 4 Juta Pelancong Tahun Ini

PENAMPANG: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (Kepkas) menyasarkan kedatangan 4 juta pelancong tahun ini, berikutan kemasukan pelancong ke Sabah semakin bertambah dari semasa ke semasa.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Christina Liew berkata, bilangan pelancong asing yang datang ke Sabah setakat April lalu ialah 1,377,565 orang, iaitu peningkatan kemasukan sebanyak 9.6 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lalu.

Christina (tengah) dan Jenifer (5 dari kanan) berasma ketua-ketua jabatan dan agensi KePKAS serta tetamu lain.

“Saya yakin angkah itu dapat dicapai sekiranya kita terus bersatu padu dan berganding tangan merancakkan sektor pelancongan negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya di majlis rumah terbuka Aidilfitri Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (Kepkas) bersama jabatan dan agensi dibawah kementerian itu, di Pusat Kebudayaan Sabah,  disini pada Selasa.

Turut hadir Menteri Pelajaran dan Inovasi, Datuk Dr Yusof Yacob; Pembantu Menteri Pelancongan,  Kebudayaan dan Alam Sekitar,  Assafal P. Allian; Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi, Jenifer Lasimbang; Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Jimmy Wong, Pembantu Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Datuk Udah Sulai dan Setiausaha Tetap Kepkas, Datuk William Bayah.

Disamping menikmati pelbagai juadah Aidilfitri yang disediakan, para tetamu juga dihiburkan dengan persembahan lagu-lagu hari raya.

Christina, yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar berkata, kemeriahan Aidilfitri sama seperti perayaan-perayaan lain seperti Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas yang draikan bersama.

Katanya, beberapa hari sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri, masyarakat kaum Kadazan Dusun juga telah menyambut perayaan Pesta Kaamatan.

“Kita merayakannya dalam kepelbagaian’. Ia menjadi pemangkin yang tidak ternilai harganya dalam membina masyarakat yang bertemadun dan berinovasi.

Perayaan seperti ini secara tidak langsung memberi peluang terbaik kepada kita semua untuk mengeratkan dan merapatkan lagi tali persaudaraan, melebarkan ruang interaksi dan komunikasi, disamping menikmati pelbagai juadah enak yang telah disediakan,” katanya.

Christina berkata, masyarakat Sabah yang melebihi 30 etnik merupakan keunikan negeri ini sendiri, dan ia seharusnya menjadi kebangaan rakyat.

“Kerana dengan sejumlah besar kaum yang ada, kita masih hidup dengan harmoni dan saling menghormati sekaligus mampu merancakkan lagi sektor pelancongan negeri Sabah,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *