Rumah Dan Dua Buah Kereta Musnah Dalam Kebakaran

KUDAT: Sebuah rumah dan dua buah kereta musnah dalam kebakaran di Jalan Kobibi Kampung Lajung, dekat sini petang tadi.

Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, kelmarin.

Keadaan kebakaran di sebuah rumah di Jalan Kobibi Kampung Lajung, Kudat. – Gambar Ihsan bomba

Namun sebuah kereta jenis Naza terbakar 100 peratus manakala sebuah kenderaan Perodua Kembara musnah sebahagian ekoran terkena bahang kebakaran.

Pegawai Bomba Kanan Dua Balai Bomba dan Penyelamat Kudat, Mohd Saidi Tabin berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian berkenaan pada pukul 1.06 petang melalui talian kecemasan 999.

Mohd Saidi berkata setibanya dilokasi dimaklumkan rumah jenis separuh kekal terbabit sudah terbakar kira-kira 80 peratus.

Beliau menyatakan kebakaran dapat dikawal sekitar jam 1.38 petang dan berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 3.05 petang.

Dalam pada itu, Mohd Saidi berkata punca sebenarnya kejadian dan nilai kerugian keseluruhan masih dalam siasatan.

Rumah penduduki Jalan Kobibi Kampung Lajung, Kudat musnah dalam kebakaran. – Gambar Ihsan bomba
Anggota bomba memadamkan sisa kebakaran di sebuah rumah di Jalan Kobibi Kampung Lajung, Kudat. – Gambar Ihsan bomba
Rumah penduduki Jalan Kobibi Kampung Lajung, Kudat musnah dalam kebakaran. – Gambar Ihsan bomba
Keadaan sebuah kereta Perodua Kembara yang musnah sebahagian akibat terkena bahan panas kebakaran. – Gambar Ihsan Bomba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *