Lelaki Warga Indonesia Dipenjara 4 Bulan Dan Sebat

Anggota polis dari Bahagian Anti Pengganas Cawangan Khas (E8) mengiringi suspek keluar dari kenderaan untuk dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu atas kesalahan imigresen di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu. – Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Seorang remaja warga Indonesia yang dipercayai terbabit dalam kegiatan pengganas dijatuhi hukuman penjara selama empat bulan dan sebatan kerana memasuki negara ini secara haram. 

Hakim Mahkamah Sesyen Azreena Azis memerintahkan Mohd Alif Suhari, 19, menjalani hukuman tersebut selepas tertuduh mengaku bersalah dibawah Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/1963 yang memperuntukkan denda sehingga RM10,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya.

Anggota polis dari Bahagian Anti Pengganas Cawangan Khas (E8) mengiringi suspek keluar dari kenderaan untuk dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu atas kesalahan imigresen di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu. – Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

Semasa prosiding mahkamah dijalankan, Timbalan Pendakwaraya Nureen Natasha Mohd Raffie memaklumkan mahkamah tertuduh ditahan pada 26 Mei di Kampung Keritan, Keningau.

Tertuduh didapati tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah pada 27 Mei, pukul 10 pagi di Lokap Berpusat Kota Kinabalu. 

Dalam pada itu, Mohd Alif yang tidak diwakili peguam memaklumkan mahkamah bahawa beliau sudah menetap di negeri selama lapan bulan lepas dan bekerja sebagai buruh di sebuah ladang sawit. – SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *