Jalan Inobong-Putaton-Bansadon Di Penampang Terputus, JKR Bina Lencongan Sementara

PENAMPANG: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah membina lencongan sementara menggantikan laluan itu. Kerja-kerja membina jalan sementara tersebut sedang dilakukan dan dijangka siap ESOK.

Pengarah JKR Sabah, Insinyur Richard Jomiji Kinsil bagaimanapun berkata, pembinaan lencongan sementara itu bergantung kepada keadaan cuaca.

Gambar RTM Sabah

Katanya, pembinaan laluan sementara itu bagi memudahkan pergerakan pengguna jalan berkenaan terutama penduduk di tiga buah kampung terlibat iaitu Kampung Putaton, Bansadon dan Kibambangan.

Memandangkan laluan tersebut hanya boleh dilalui sebuah kenderaan pada satu masa, pengguna dinasihati agar berhati-hati dan mematuhi arahan papan tanda amaran serta petugas di lokasi.

Jalan Raya Inobong-Putaton-Bansadon terputus disebabkan berlakunya ‘lubang benam’ berukuran enam meter lebar dan empat meter dalam akibat hujan lebat berterusan, PETANG SEMALAM.

Dalam pada itu, Insinyur Richard telah mengarahkan semua Jurutera Bahagian dan Jurutera Daerah untuk memantau dan membuat pemeriksaan ke atas semua jalan raya JKR serta melaporkan kerosakan kepada Ibu Pejabat untuk pembaikan.

Pihak JKR juga turut memastikan papan tanda keselamatan, halangan keselamatan dan lampu tanda bahaya dipasang di kawasan tanah dan jalan runtuh. – Berita RTM Sabah

Gambar RTM Sabah
Gambar RTM Sabah
Gambar RTM Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *