“Aksi Di Sandakan Bukan Pertama Kali”… – Dakwaan Terbaru Haziq

Haziq Aziz. -foto FB

Haziq Abdul Aziz, pemuda yang mengakui dirinya terlibat dalam video hubungan sejenis yang dikaitkan dengan seorang menteri kabinet mendakwa aksi seks di sebuah bilik hotel di Sandakan, Sabah bukan kali pertama berlaku.

Pemuda itu yang juga setiausaha sulit kanan seorang timbalan menteri menerusi satu posting di Facebooknya, pada Khamis, mendakwa perbuatan sama pernah dilakukan sebanyak tiga kali sebelum video terbaharu terbongkar awal pagi Rabu.

“Pertama sekali di Grand Continental Kuching tiga tahun yang lalu, kemudian di Pullman Kuching semasa Pemilihan Parti pada Oktober tahun lepas.

“Kami melakukannya semula di Grand Hyatt KL semasa kamu berkhidmat sebagai Menteri Pengiring kepada Sultan Brunei pada Mac tahun ini dan pertemuan baru-baru ini di Fourpoint Sandakan bulan lepas,” katanya. – mStar

Berita Selanjutnya Menyusul…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *