Adik Ainul Mardhiah Sudah Sedar

Ainul Mardhiah. FOTO Ihsan FB Ahmad Safiuddin

Selepas kira-kira lima jam menjalani pembedahan membuang tumor di mulutnya semalam, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, kini sudah sedarkan diri.

Khabar gembira itu dikongsi bapanya Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, melalui status ringkas di Facebook miliknya kira-kira 30 minit lalu.

Ahmad Safiuddin melahirkan rasa syukur apabila Ainul Mardhiah kini sudah sedar.

“Cuma masih dalam unit penjagaan rapi untuk memastikan Ainul betul-betul baik sebelum dipindahkan semula ke wadnya yang biasa.

“Teruskan doa Ainul kuat, cepat sihat ya semua,” katanya.

Ainul Mardhiah berusia sembilan bulan menghidap kanser mulut Germ Cell Tumor kini dirawat di sebuah hospital di London.

Perkongsian bapanya mendapat 13, 000 reaksi daripada pengguna Facebook serta lebih 5,000 perkongsian. – Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *