Mayat Ditemui Di Tawau, Dua Tikaman Di Bahagian Dada Dan Tengkuk

Mayat Mangsa – Foto Media Sosial

Mayat lelaki dipercayai dibunuh ditemui di dalam longkang berhampiran parkir premis menjual kelengkapan rumah di Jalan Bantu, Fajar dekat Tawau, semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, Pemangku Asisten Komisioner Peter Umbuas, berkata penemuan mayat berkenaan dimaklumkan seorang lelaki yang menghubungi polis, 5 petang.

Beliau berkata, susulan itu, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau bergegas ke tempat kejadian bagi menjalankan siasatan.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa yang lengkap berpakaian itu ditemui dalam keadaan tertiarap di dalam longkang yang dipenuhi dengan semak samun.

“Pemeriksaan awal pada fizikal mangsa mendapati ada dua kesan luka tikaman pada bahagian dada sebelah kanan dan bahagian tengkuk sebelah kiri.

“Polis turut menemui sebatang pemutar skru dan sebilah pisau berhampiran tempat mayat mangsa ditemui dipercayai digunakan dalam kejadian terbabit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, tiada sebarang pengenalan diri ditemui pada mayat mangsa, namun ia dicam oleh ahli keluarga iaitu isteri mangsa.

Katanya, berdasarkan keterangan isteri mangsa, lelaki itu keluar rumah seorang diri untuk bersiar-siar selepas menutup warung mereka di Kampung Titingan, pada 12.45 tengah malam kelmarin.

Bagaimanapun katanya, mangsa yang keluar dengan memandu Proton Wira berwarna merah gelap tidak pulang ke rumah sehinggalah mayat ditemui petang semalam.

Peter berkata, polis setakat ini sudah menahan tiga suspek yang dipercayai ada kaitan dengan kes itu.

“Motif kejadian belum diketahui dan siasatan lanjut diteruskan mengikut Seksyen 302 Kanun – Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *