Hanya Kerana Hutang RM598, Dua Kanak-Kanak Perempuan Dibunuh Dengan Kejam

Keluarga Mangsa

New Delhi: Polis India menghantar pasukan sokongan ke sebuah bandar di utara negara itu untuk meredakan ketegangan, susulan kes bunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang berpunca daripada hutang AS$144 (RM598).

Polis berkata, dua suspek sudah ditahan, selepas mayat dua kanak-kanak perempuan ditemui dalam tong sampah di Aligarh di negeri Uttar Pradesh, selepas mangsa diculik pada 31 Mei lalu.

Beberapa pegawai polis berkata, laporan perubatan menunjukkan kanak-kanak itu dijerut dengan kain.

Mayat mangsa disembunyikan di rumah seorang suspek sebelum dibuang ke dalam tong sampah kerana ia mula reput.

Kejadian itu menyebabkan penduduk berang dan merusuh dengan menyalahkan pihak berkuasa.

“Datuk kepada kanak-kanak perempuan itu berhutang dengan suspek dan mereka bertengkar mengenai kelewatan bayaran balik pinjaman berjumlah 10,000 rupee (RM598),” kata ketua polis Aligarh, Askash Kulhari.

Lima anggota polis sudah digantung atas tuduhan ‘kegagalan menjalankan tugas’, katanya. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *