Gara-Gara Pertikai Duit Raya RM5, Twitter Wanita Ini Diserang Warganet

Tak tahu nak kata apa, Twitter wanita ini diserang gara-gara pertikai duit raya RM5!
Menerusi tweet terbabit, wanita terbabit menyatakan pendapatnya tentang pemberian duit raya yang diberi oleh saudara maranya. – Foto Twitter

Gara-gara mempertikaikan duit raya RM5 yang diterima oleh anaknya, akaun Twitter milik wanita ini diserang warganet.

Sehingga kini tweet berkenaan telah menerima hampir 100 komen dan ‘retweet’ hampir 700 kali.

Foto Twitter
Foto Twitter

Menerusi tweet terbabit, wanita terbabit menyatakan pendapatnya tentang pemberian duit raya yang diberi oleh saudara maranya.

Menurutnya, biarpun mempunyai kereta mewah dan bergaji besar, namun saudara maranya masih tetap memberi duit raya serendah RM5.

Rentetan daripada tweet berkenaan, akaun miliknya kemudian diserang dengan ratusan kecaman oleh warganet.

Kebanyakannya dilihat tidak berpuas hati dengan pandangan itu, malah menyifatkan wanita berkenaan tidak bersyukur dengan apa yang diterimanya.

Apa pula pendapat anda?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *