Gagal Pecahkan Mesin ATM, Lelaki Kurang Siuman Dicekup Polis

Rakaman melalui kamera litar tertutup (CCTV) – FOTO BESTAWAUfm

PECAH MESIN ATM GAGAL, LELAKI KURANG SIUMAN DICEKUP POLIS

TAWAU; 8 JUN 2019 (Sabtu) – Polis menahan seorang lelaki dipercayai kurang siuman selepas disyaki cuba memecah mesin ATM di sebuah bank di Jalan Perbandaran, pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 8.15 pagi itu, suspek berumur 27 tahun diberkas di bank berkenaan apabila sepasukan anggota MPV respon ke lokasi selepas mendapat maklumat dari orang awam.

Polis menahan lelaki kurang siuman selepas gagal memecahkan mesin ATM disebuah bank di Tawau – FOTO BESTRTAWAU fm

Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Supritendan Nor Azizulkifli Mansor dalam kenyataan media berkata, analisa melalui rakaman CCTV mendapati, pada pukul 8.10 pagi, saspek memasuki lobi mesin ATM di bank itu untuk membuka pintu hadapan penutup mesin ATM namun tidak berjaya.

Suspek kemudian keluar semula dari lobi bank sebelum mengambil sebatang kayu yang ditemui di tepi bank sebelum menggunakannya untuk menghadang pintu masuk ke ruang lobi mesin terbabit.

Polis menahan lelaki kurang siuman selepas gagal memecahkan mesin ATM disebuah bank di Tawau – FOTO BESTRTAWAU fm

Suspek juga dilihat cuba membuka pintu hadapan penutup mesin ATM menggunakan dawai pin kertas lalu menarik pintu luar mesin ATM sehingga terbuka.

Satu laporan polis kemudian dibuat Pengurus Operasi Bank berkenaan selepas meyedari kejadian tersebut.

Difahamkan, sistem penggera bank tidak berbunyi berikutan pintu besi mesin ATM tidak diusik.

Menurut Supritendan Nor azizulkifli, suspek sering dilihat berjalan seorang diri berkeliaran di kawasan bank dan bandar Tawau sejak beberapa bulan lepas.

Ujian saringan air kencing mendapati suspek Positif dadah jenis Methapethamine & Amphetamine.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 380/511 Kanun Keseksaan.

SUMBER: #BESTAWAUfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *