Sekitar Bandaraya Kota Kinabalu Dilanda Banjir Kilat

Keretapi menyusuri kawasan banjir di Jalan Kepayan. Gambar SNT/Ihsan Pembaca

KAWASAN BANDARAYA DILANDA BANJIR KILAT … LAGI

KOTA KINABALU: Kawasan bandaraya dan sekitarnya dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat bermula jam 2 petang tadi.

Antara kawasan yang terlibat teruk ialah sepanjang jalan dari Stesen Keretapi di Tanjung Aru sehingga ke Hotel Airport View, kawasan berhampiran Hospital Queen Elizabeth I, Lido, Maktab Sabah dan beberapa tempat lagi.

Gambar diambil dari dalam kereta di hadapan Hotel Airport View, Kepayan.

Pengguna jalanraya mengalami masalah di sepanjang jalan dari Sekolah Tinggi Kota Kinabalu disebabkan air dari parit monsun melimpah ke atas jalanraya.

Keadaan jalanraya yang dilimpahi air dari parit monsun berhampiran Sekolah Tinggi Kota Kinabalu. Gambar SNT/Ihsan Pembaca

Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran bahawa ribut petir dijangka berterusan di seluruh kawasan Sabah sehingga jam 8 malam ini.

Banjir kilat di kawasan projek pembesaran jalan berhampiran Hospital Queen Elizabeth I. Gambar SNT/Sumber media sosial
Jalan Kepayan
Jalan Kepayan
Jalan Kepayan
jalan kepayan

Banjir kilat menjadi seakan perkara normal di ibu negeri dan kawasan sekitar setiap kali hujan turun walau hanya untuk beberapa jam.-SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *