Raya Aidilfitri: Hujan Dan Ribut Petir Di Sebelah Esok Pagi Di Beberapa Bahagian Di Sabah

Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD) meramalkan hujan dan ribut petir di sebelah pagi membabitkan satu dua tempat di negeri-negeri pantai barat Semenanjung dan timur Sabah, pada 5 dan 6 Jun ini.

Bagaimanapun, cuaca dijangkakan baik di tempat-tempat lain, kata jabatan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu memaklumkan, cuaca buruk juga melanda beberapa tempat di Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Wilayah Persekutuan Labuan pada sebelah petang.

Katanya, ia turut membabitkan beberapa bahagian di Sarawak iaitu Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang serta Pedalaman dan Pantai Barat, Sabah.

“Tempat-tempat lain hujan dan ribut petir di satu dua tempat. Pada sebelah malam, hujan di satu dua tempat di Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak (Bahagian Sibu, Mukah, Bintulu, Kapit, Miri dan Limbang), Sabah (Bahagian Pedalaman) dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Tempat-tempat lain cuaca baik,” kata kenyataan yang dikeluarkan Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik MMD.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *