Penunggang Maut, Motosikal Ditunggang Mangsa Bertembung Lori Di Lahad Datu

Foto Ihsan Pembaca

LELAKI MAUT, MOTORSIKAL DINAIKI MANGSA BERTEMBUNG LORI

LAHAD DATU; 3 JUN 2019 (Isnin) – Seorang lelaki maut ditempat kejadian selepas motorsikal jenis Honda 150 ditunggang mangsa bertembung dengan sebuah lori 10 tan di hadapan bangunan Puspakom, petang tadi.

Bagaimanapun, makumat mangsa masih tidak diperolehi.

Foto Ihsan Pembaca

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri dalam kenyataan berkata, sebaik menerima panggilan kira-kira pukul 3.53 petang, sepasukan 8 anggota dari BBP Lahad Datu diketuai PB Ahmadiah Salim 
bergegas ke lokasi kemalangan menggunakan sebuah jentera FRT dan sebuah jentera EMRS

Menurut ketua operasi, mangsa iaitu penunggang motorsikal telah meninggal dunia di tempat kejadian disahkan oleh Pegawai Perubatan.

Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut.

Pasukan Bomba melakukan pemeriksaan di sekitar kawasan bagi memastikan tidak ada kemerbahayaan lain berlaku dan operasi ditamatkantamat sepenuhnya kira-kira pukul 4.43 petang.

Foto Ihsan Pembaca
Foto Ihsan Pembaca

SUMBER: #BESTAWAUfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *