‘Buka pintu, tengok anak sudah kaku kebiruan’ – Budak 4 tahun maut terkena renjatan elektrik, pegang handphone tengah cas selepas mandi

Innalilahiwainnailaihirojiun. Tinggal beberapa hari lagi untuk menyambut hari raya, namun keluarga ini menerima berita sedih apabila anak perempuan mereka berusia empat tahun meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik. 

Tiada sesiapa yang inginkan kejadian itu berlaku, apakan daya jika sudah takdirnya tertulis begitu.

PERINGATAN buat semua ibu bapa yang ada anak kecil. Saya dikejutkan dengan berita pemergian anak sepupu pada 2 Jun 2019 di waktu semua orang tengah sibuk dengan persiapan hari raya yang bakal tiba 2-3 hari lagi.

Arwah sangat gemar bermain telefon. Pada zaman ini, boleh dikatakan 90 peratus kanak-kanak, tiada yang tak pandai main telefon. Arwah baru saja selesai dimandikan oleh bapanya. Selepas keluar dari tandas, bapa kata,”Tunggu sekejap, nanti papa siapkan”

Si bapa masuk ke tandas untuk engambil kain tuala dan selang beberapa minit, terdengar bunyi benda terjatuh. Apabila si bapa membuka pintu, dilihatnya si anak sudah kaku dan badannya kebiruan. Terus si bapa mencapai kain dan menarik anaknya.

Tetapi apakan daya, Tuhan sudah mengatur segala-galanya. Sudah takdir ajal maut tertulis. Si anak dengan tubuh basah terus pegang telefon yang sedang dicas. Kita tak tahu, kita tak nampak bahaya ada di sekeliling kita.

Arwah meninggal sebab terkena renjatan elektrik pada telefon bimbit. Al-fatihah buat Nur Fadila berusia empat tahun. Damailah di sana wahai anak syurga. 
Semoga menjadi peringatan buat golongan ibu bapa di luar sana. Salam takziah buat keluarga mangsa. 
Sumber: Cikna Nana

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *