Bandar Sandakan sibuk dengan persiapan Aidilfitri

SANDAKAN, 3 Jun – Suasana di bandar Sandakan yang mula sibuk dengan orang ramai yang keluar membeli belah keperluan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang di jangka disambut pada rabu ini.

Pelbagai jenis barangan keperluan seperti ketupat, daun kelapa, daun pisang dan rempah ratus untuk keperluan memasak boleh didapati di gerai jualan yang dibuka di atas pembahagi jalan.

Pembukaan gerai jualan ini buakn sahaja dapat memudahkan pengguna mencari bahan keperluan tetapi juga merupakan sumber pendapatan kepada peniaga yang dibenarkan berniaga pada minggu terakhir Ramadan di kawasan pembahagi jalan.

https://youtu.be/ugOki5FccjY

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *