Ingatkan Gambar Dari Google, Rupanya Seorang Pemuda ‘Rakam’ Fenomena Ribut Petir Ini Di Kota Kinabalu

Dalam dua minggu kebelakangan ini, kita sering dikejutkan dengan fenomena ribut petir yang sering berlaku di beberapa buah kawasan seluruh Malaysia. Menurut Jabatan Meteorologi, fenomena ini terjadi disebabkan oleh negara kini sedang berada dalam fasa peralihan monsun.

Oleh sebab itu, hujan lebat, ribut petir seta angin kencang kerap kali berlaku tidak mengira waktu, lewat petang mahupun awal malam. Tambah MetMalaysia Lagi, semasa tempoh Monsun Barat Daya, angin akan bertiup secara konsisten dari arah barat daya. Keadaan atmosfera akan menjadi lebih stabil dan aktiviti perolakan menjadi kurang aktif.

Gambar : Eelix Fui

Terbaru, tular beberapa keping gambar yang memaparkan kejadian ribut petir nyang sungguh menggerunkan. Jelas ter ihat pancaran kilat dan cahaya yang memenuhi permukaan langit. Sekali lihat, ia seakan-akan gambar yang dimuat turun dari internet (google).

Namun ternyata telahan itu salah kerana gambar berkenaan adalah ‘hasil karya’ seorang pemuda dari Sabah. Menurut Eelix Fui ketika dihubungi Siakap Keli, beliau mula muat naik gambar ini di sebuah group dalam laman Facebook. Lantaran itu, gambar-gambar terbabit menjadi tular dalam sekelip mata.

Gambar : Eelix Fui

Eelix menyatakan bahawa beliau bukanlah seorang jurugambar professional. Tetapi beliau sememanganya menjadikan fotografi ini sebagai hobi.

Menurut Eelix, gambar-gambar tersebut diambilnya ketika berada di Pantai Tanjung Aru, Kota Kinabalu. Sebenarnya, beliau sudah beberapa hari melihat fenomena seperti itu berlaku. Namun tidak sempat untuk merakamkannya. Malah katanya, sepanjang minggu ini, setiap kali matahai terbenam, akan muncul timbunan awan besar menutupi langit.

Gambar : Eelix Fui

Eelix menjelaskan ketika itu beliau sedang bercuti kerana meraikan Pesta Keamatan (30 Mei 2019). Waktu sedang makan, beliau terlihat cahaya cerah muncul di kawasan Pantai Tanjung Aru pada jam 8.30 malam.

Gambar : Eelix Fui

Oleh itu, beliau lantas menghidupkan enjin keretanya dan pergi ke sana untuk mengambil gambar. Di  akhir perbualan, beliau menasihati orang ramai supaya menjaga keselematan ketika ribut petir.

Sumber : Eelix Fui  / SiakapKeli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *