Musnah Harapan Tiga Beranak Ini Mahu Pakai Baju Raya Sedondon

Lagi kes tukang jahit menganiaya pelanggan, sedangkan ukuran dan tempoh masa sudah diberi dan hasilnya sangat menghampakan. 
Baju raya tiga beranak ini semuanya tak muat. Berdasarkan gambar, kain si isteri terlalu sempit, seluar si suami pula senteng dan baju raya anak pula tak lepas nak masuk kepala. 

“Hari ini ambil balance baju yang dijanjikan. Ikutkan hari Ahad lepas nak ambil, tapi owner kata belum siap lagi. Pastu hari ini laki pergi ambil. Boleh carut tak? Cam c**** oii! 
“Pastu laki tak nak bayar dulu. Pastu dia tahan, suruh bayar dulu. Memang berkeras suruh bayar oi. Boh layanlah, memang tak bayar. Nasib oi tak bayar, tengoklah hasilnya, kelakar oi! 

“Macam mana dia ukur? Memang tahap nak kena pelempang. Owner tak berani nak datang, kat pkje je,” kata Ieda Shafiq yang berkongsi gambar-gambar itu di Facebooknya semalam.
Sementara itu netizen bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarga itu dan tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman mereka sendiri. 

Sumber: Ieda Shafiq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *