Tangan Era Fazira parah tersepit mesin tebu

ANGGOTA bomba berusaha selamatkan seorang wanita, Era Fazira Ramli selepas pergelangan tangannya tersepit pada mesin tebu dalam kejadian di Kampung Sentosa Blok 5, Tawau. – Foto Abdul Rahemang Taiming

TAWAU: Seorang wanita berumur 25 tahun mengalami kecederaan parah di pergelangan tangannya apabila tersepit mesin pengisar tebu pada Selasa pagi.

Dalam kejadian yang berlaku di Kampung Sentosa Blok 5, Tawau pada kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa, Era Fazira Ramli sedang menjalankan kerja mengisar tebu

Mangsa yang menjerit kesakitan membuatkan saudaranya segera bergegas kepadanya untuk memadamkan suis mesin tersebut, seterusnya menghubungi pihak bomba.

Ketua Balai Jabatan Bomba Dan Penyelamat (JBP) Tawau, Sharudy Delamin dalam kenyataannya berkata, dua buah jentera dengan kekuatan seorang pegawai dan enam orang anggota digerakkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 10 pagi.

“Pihak Bomba berjaya mengeluarkan tangan mangsa dari mesin pengisar tebu pada jam 10.40 pagi,” katanya.

Tambahnya, mangsa diberikan rawatan awal oleh pihak Bomba sebelum dikejarkan ke Hospital Tawau dengan sebuah ambulan untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. – Awani Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *