Keluarga sahkan mayat ditemui milik pemandu Grab yang hilang sejak Jumaat lalu

Sebelum ini telah tular di media sosial mengenai kehilangan seorang pemandu Grab dengan keadaan yang mencurigakan, apabila terdapat beberapa kesan darah pada bahagian kereta mangsa.

Terkini, menurut laporan polis, seorang mayat lelaki telah dijumpai oleh orang awam di kampung Shahbandar, Tuaran, Kota Kinabalu, petang tadi, yang berkemungkinan adalah pemandu Grab tersebut.

Memang sah mayat dia

Difahamkan, setelah pengecaman dibuat oleh pihak keluarga, ternyata mayat yang ditemui sememangnya adalah pemandu Grab, Mohammad Hanafie Jaafar yang hilang sejak Jumaat lalu.

Berikut adalah Tweet daripada salah seorang waris mangsa, memaklumkan bahawa mayat mangsa telah pun disahkan oleh keluarga selepas beberapa ujian DNA dilakukan.

Azuljailani@AzulJailani ยท 3hReplying to @AzulJailani

Latest update : Mayat dijumpai , kemungkinan Hanafie . Pakaian sama dgn kali terakhir dia dijumpai , tp still unsure sbb nak buat ujian dna utk kepastian

Berkemungkinan dirompak?

Mangsa yang kali terakhir dilihat dikawasan tapak Bazar Ramadan, Indah Permai, Sepanggar, pada 12.30 tengah malam Ahad lalu dilaporkan tidak pulang ke rumah.

Manakala, hasil pemeriksaan kereta mangsa yang ditemui dengan terdapat kesan darah di bahagian stereng, brek tangan, pintu depan dan cermin.

Salam takziah buat keluarga mangsa, semoga kes ini dapat disiasat dengan segera agar si pelaku yang mengakibatkan kematian mangsa segera ditemui pihak berkuasa.

Sumber : Azuljailani & Harian Metro / OhMyMedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *