Tetak rakan hingga mati tanya bila mahu nikah

suspek menikam mangsa dibahagian kepala menggunakan pisau bedik hingga menyebabkan kematian – Foto TribunNews

Manado (Indonesia): Akibat berang kerana sering diajukan soalan bila mahu berkahwin, seorang lelaki berusia 52 tahun di sebuah kampung di Wawali di Minahasa Tenggara, Sulawesi Timur bertindak menetak kepala jirannya hingga mati.

Merdeka.com melaporkan, kejadian berlaku pada malam Sabtu lalu ketika suspek, Aswin datang ke rumah rakannya, Ari Kongingi, 47, untuk membeli arak cap tikus.

Dua sahabat yang bekerja sebagai petani itu pada mulanya berbual mesra tetapi suasana bertukar tegang apabila Ari mengajukan soalan, “Kapan mau nikah” kepada Aswin.

Soalan itu menyebabkan Aswin naik berang dan terus memarahi Ari sambil berkata, “Itu urusan peribadi aku, jangan masuk campur,”.

Reaksi Aswin itu menyebabkan Ari tidak berpuas hati dan dia terus mengekori lelaki itu pulang ke rumahnya.

Ketika di rumah Aswin, mereka terus bertengkar dan suspek yang berang mengambil sebilah parang lalu menetak kepala Ari.

Jurucakap polis, Ronny memberitahu, Ari meninggal dunia semalam ketika dirawat di hospital Noongan Langoan akibat kecederaan parah di kepala. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *