(Video) ‘Tolong! Tolong! Peragut!’ – Tak bayar kereta Honda City S+ 5 bulan, pemilik sembur racun serangga pada penarik kereta

Viral di media sosial ketika ini video seorang pemilik kereta Honda City S+ enggan menyerahkan keretanya itu kepada penarik kereta yang ditugaskan untuk berbuat demikian. 

Difahamkan, pemilik kereta tersebut gagal membuat bayaran bulanan selama lima bulan pada pihak Maybank Langkawi.

Berdasarkan video yang dimuat naik oleh Benjamin Al Shariff, wanita terbabit enggan menyerahkan kereta itu biarpun wakil penarik kereta telah duduk di tempat duduk pemandu.

Lebih teruk lagi, dia bertindak menyembur racun serangga ‘Baygon’ terhadap penarik kereta yang merakam video itu sebagai bukti, sambil menjerit meminta tolong kononnya dia diragut.

Enggan mengeruhkan lagi keadaan, lelaki berkopiah itu keluar dari kereta dan terpaksa membiarkan saja wanita itu beredar sebelum mereka membuat laporan polis.

Difahamkan, selepas membuat laporan polis, krew penarik kereta pergi ke rumah pemilik kereta tersebut untuk mendapatkan kereta itu. Tetapi usaha mereka terbantut selepas adik kepada wanita itu tampil mengugut akan mencederakan mereka dengan senjata tajam.

Sumber: Benjamin Al Shariff

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *