Pengguna Telefon Pintar Huawei Jangan Panik, Baca 10 Pendapat ‘Brader’ Ni Yang Boleh Diterima Akal

Hari ini kecoh satu dunia berkenaan dengan syarikat pengeluar telepon pintar Huawei. Di mana, rakan kerjasamanya Google telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi untuk menghalang Huawei menggunakan Android oleh Google.

Lebih ‘sakit’ lagi apabila dua syarikat gergasi iaitu Intel dan Qualcomm ikut langkah yang sama seperti Google bertindak ‘ban’ Huawei berkuatkuasa serta merta.

Akan tetapi, apa yang menarik perhatian kami di Sabahpost selepas melihat satu perkongsian yang dibuat di facebook oleh seorang warganet bernama Muhammad Najib berkongsi 10 pendapat agar pengguna telefon pintar Huawei tidak panik.

1. Siapa yang pakai telefon Huawei, tak payah gelabah nak jual kat Mudah.my. Semua aplikasi Google masih boleh diguna pakai untuk telefon Huawei sedia ada.

2. Lagi pun kau beli Huawei sebab kamera saja kan? Kalau tak kamera pun, sebab kau tak ada duit nak angkat Samsung atau iPhone.

3. Untuk telefon Huawei yang akan datang, itu kita belum pasti.

4. Tapi kalau ikut precedent case, sekatan akibat trade war ni semua hangat-hangat tahi ayam.

5. Sama hangat macam kerajaan PH nak batal ECRL, tapi sudahnya tak batal dan proceed juga.

6. Begitulah juga Google haramkan Huawei guna Android, hangat tahi Trump je.

7. Penyudahnya kapitalis sama kapitalis, mereka akan bekerjasama juga untuk perah duit kita yang taksub dengan telefon pintar.

8. Huawei susah nak hidup tanpa Google dan Android di luar China, tapi Google dan Android juga perlukan Huawei sebagai sebahagian dari pelan perkembangan global mereka. Tak boleh nak harap pada Samsung sahaja.

9. Maka soalnya adalah cepat atau lambat saja, kedua Huawei dan Google akan kembali berdamai dan berkongsi Android untuk keuntungan bersama.

10. Dak-dak Apple tak payah nak geletik sangat, kau punya iPhone pun Foxconn yang buat. Berdoa je Trump tak buat gila masuk Foxconn dalam penampakan entiti dia.

11. Real juga tulis ayat pendek-pendek ni. Puasa punya pasal kot.

Mudah-mudahan dengan perkongsian daripada ‘brader’ ni sedikit sebanyak mampu mengkuatkan semangat kepada pencinta telefon pintar Huawei.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *