Pengeluar cip putus bekalan ke atas Huawei

SAN FRANCISCO: Pengeluar cip termasuk Intel Corp, Qualcomm Inc, Xilinx Inc dan Broadcom Inc memberitahu kakitangan masing-masing supaya tidak menyediakan bekalan kepada Huawei sehingga diberitahu, demikian menurut individu yang rapat dengan perkembangan berkenaan.

Google milik Alphabet Inc memutuskan bekalan peralatan dan sebahagian perkhidmatan perisian kepada gergasi China itu, kata seorang lagi individu yang enggan dikenali.

Pentadbiran Donald Trump menyenarai hitam Huawei, yang dituduh membantu Beijing menjalankan kerja pengintipan, serta mengancam untuk memutuskannya daripada pengeluar perisian dan semikonduktor Amerika Syarikat (AS) yang diperlukannya untuk mengeluarkan produk.

Larangan itu, yang telah dijangka, menjejaskan pengeluar telefon pintar kedua terbesar dunia itu.

Impak larangan itu juga mula dirasai di luar AS dan Asia.

Saham Infineon Technologies AG dari Jerman jatuh dalam dagangan awal hari ini selepas Nikkei melaporkannya menghentikan penghantaran ke syarikat China itu susulan larangan AS terbabit.

Saham STMicroelectronics NV dan AMS AG dari Austra juga terjejas.

-Bloomberg

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *